Sunday 15 March 2015

Merayau rayau di Pasar Seni


Hari Sabtu tu aku dah plan nak pergi KL Sentral, semata nak beli kad TNG. Aku sampai pukul 12, office TNG tutup pukul 1 tengahari. Sejam aku tunggu, orang ramai kat situ. Disebabkan kad TNG di merata2 Petronas dah habis, so terpaksa laa aku beli kat sini. Bila tiba nombor giliran aku dipanggil (aku orang last sekali kena panggil even aku bukan orang yang last datang), aku terus tanya soalan bertubi2 pada cik yang jaga kaunter tu ;

Cik TNG : Mintak IC Cik.
Aku : Eh, nak beli kad TNG pun kena isi form?
Cik TNG : Kalau ada IC, tak payah isi form Cik. Just nak check je.
Aku : Oh, ok. Sekarang ni kalau nak beli kad TNG, kena beli kat office TNG je ye? Petronas dah tak jual?
Cik TNG : Eh, tak Cik. Sekarang ni kad takde stock, so kami stop sekejap jual kat Petronas. Design pun tinggal satu jenis je. Takpe ke Cik?
Aku : Oo...macam tu ke. Design tak kisah apa pun.

Gitulah soalan2 aku pada cik tu. Kad touch no go aku dah lama tak reload, plus design lama pulak tu. Maybe dah tak relevan. So, aku kena beli yang baru. Nanti nak masuk tol batu 3 tu dah tak boleh pakai cash. Either kena pakai kad atau smart tag. Hub office TNG kat KL Sentral ni dibuka hari2 kecuali hari Ahad. Hari Sabtu bukak pukul 8.30 am sampai 1 tengahari. Kedudukan hub TNG ni agak tersorok, just cari tempat atm machine, atau hub YES, atau hub MAS. Dekat2 situ je.

Settle beli kad, aku terus naik LRT ke Pasar Seni. Dah lama tak naik LRT sejak ada kereta. Dah 6 tahun kot. Tiba2 je aku nak naik public transport ni sebab aku nak cut cost in term of entertainment. Dah sambung study ni kan, kena jimat sikit la. Sampai je Central Market, perut aku meragam mintak diisi. Padahal dah makan before keluar, haish. Susah laa camni nak diet. So lepas tengok barang2 kat street luar, aku menuju ke restoran Es Tellar, restoran Indonesia yang aku dah aim dulu masa first time datang. Seriously, aku ingat ke restoran ni restoran ayam penyet, tapi takde pun menu ayam penyet. Frust sikit. Tapi sebab dah lapar, aku order je Nasi Goreng Ekor dan Teh Botol.


Isi perut dah settle, baru boleh pergi usha2 CM dengan senang hati. Harap2 aku takde rasa nak beli apa2 kat CM. Hew Hew Hew. Aku naik tingkat 2 dulu sebelum jalan2 kat tingkat bawah. Kebanyakannya kedai jual baju, jual pants, jual shawl. Tak dinafikan, aku suka style dan design kat CM. Bohemian, loose dan mostly fabrik cotton dan linen. Tapi harga memang tak murah. Agak mahal laa, macam nak mencekik tourist pun ada gak. Kalau souvenir tu aku tak pasti laa sebab tak beli, tapi in terms of kain batik ke, mahal oii! Macamana nak kata one of tourist attraction, aku yang orang Malaysia ni pun tak tertarik dengan harganya. Kalau tawar pun, tak boleh tawar banyak.

Bila aku masuk satu kedai nyonya ni, aku tertarik dengan baju2 dan pants yang dia jual. Cantik, dan kena dengan tastes aku. Mata aku dah aim pada seluar Aladdin warna Emerald Green tu, tangkas je tangan aku menyambar. Dan tangkas jugak nyonya tu suruh aku try. Aku dah aim nak pakai seluar tu masa kat Krabi nanti, hew hew hew. Aku keluar dari bilik persalinan dengan gembiranya. Tapi bila nak bayar, aisehmen. Tak cukup duit pulak. Oleh sebab nyonya tu tak terima debit card, so aku cakap kat dia aku pergi cari mesin atm dulu. Muka dia nampak sedikit hampa, mesti dia ingat aku nak lari dan tak jadi beli. Tipikal Malaysian.

Tapi honestly, aku memang rasa nak lari pun sebab aku nak save duit, hahaha. Niat aku memang nak usha2 je CM, tak nak beli apa2. So aku turun bawah, sebab tingkat atas aku dah habis tawaf. Sambil2 cari atm machine, aku ronda2 kat tingkat bawah pulak. Ah, dalam hati aku, kalau dah rezeki nyonya tu, tak ke mana nya. Aku beli jugak pant tu walau aku macam acuh tak acuh.

Dekat tingkat bawah, mostly peniaga di CM jual souvenir, makanan dan ada jual yang jual pakaian jugak. Aku tengok ada peniaga jual shawl dari Kashmir, bila tengok harga, mak aih - RM120! Ni betul2 mencekik dah ni. Ceh, tunggu aku pergi Kashmir je lah, aku borong banyak2 shawl kat sana. Oh, bilalah dapat pergi Kashmir ni!

Peniaga yang jual makanan ada jugak orang Bangla, fasih berbahasa Melayu tapi tetap ada lenggok Bangla. Sebab diorang leka melayan tourists, aku yang pure Malaysian ni diorang tak pandang pun. Yelah, kat tourist lah hang nak kelentong kan. Aku pergi kedai hujung sekali, ada makcik yang duduk bersandar di tepi rak sambil memegang handphone. Terkial2 dia menaip sesuatu di telefonnya, antara sedar dengan tidak bila aku masuk kedai dia. Kedai dia sangat biasa, tak banyak barang makanan macam kedai2 kat depan yang dimonopoli oleh orang muda dan orang Bangla. Entah kenapa aku rasa kesian dengan makcik tu, aku pun terbelek kerepek2 kat kedai dia, dan terbeli kerepek2 itu. Keadaan dia nampak macam tak berapa sihat, tu first impression aku. Selesai akad jual beli, aku terfikir sesuatu. Entah2 makcik tu main Forex, mana nak tau? Lagi berduit daripada aku, jual kerepek tu kerja part time je. Dont judge a makcik by her kedai kerepek, okay.

Dah usha2 kedai di Malay Street dan Indian Street, aku masuk pulak dekat area Chinese street. Dekat hujung sekali, ada uncle Cina tengah baca paper Cina, pakai kanta pembesar. Mesti dia ada masalah mata. Masa aku jalan2 sambil menjeling2 kedai dia, aku ternampak gambar Siti Nurhaliza, artis kegemaran aku. Gambar masa dia muda. Dan ada artikel disebelahnya. Fikiran aku mula tak fokus. Aku keep walking forward, usha2 kedai di situ, tapi aku rasa macam nak patah balik, nak baca apa yang ditulis pasal Siti tu.

Rupanya, tu kedai tilik nasib. Oh, nilah uncle yang glamer tu. Yang pernah tilik muka Siti Nurhaliza dan muka Mawi. Sebelum masuk, aku mintak izin dengan uncle tu untuk baca artikel pasal Siti, dan aku bagitau dia aku fan Siti. Dia pun memandang aku sedikit kehairanan sambil mengangguk, tanda beri izin. Lalu dia teruskan pembacaan dia.

Artikel berkenaan Siti tu ada gambar Siti masa dia muda2 dulu, belum pakai tudung. Menurut artikel tu, dikhabarkan yang Siti akan berkahwin dengan kerabat diraja. Kalau bukan kerabat diraja pun, dengan orang kenamaan atau orang yang bukan calang2. Takde pulak artikel tu kata Siti akan kahwin dengan duda anak empat. Nampak sangat aku kena tipu masa remaja2 dulu, choii. Melampau laa kan boleh tilik nasib orang sampai bagi detail sangat status duda anak 4, lol! Tahi lalat Siti di hujung bawah bibir, kiri pun ditilik. Dikhabarkan Siti akan menempa kejayaan yang luar biasa, kaya raya. Hidup Siti akan bahagia, mewah. Tapi Siti takkan terlepas dari menghadap fitnah dan unsur2 yang nak menjatuhkan dia sepanjang masa.
Terus aku teringat yang aku pun ada tahi lalat di kedudukan yang sama. Mula lah aku berangan2 sambil tersenyum perasan, akan kaya macam Siti. Perasan sangat.

Artikel kat bawah poster Siti tu pulak adalah artikel pasal Mawi. Tapi aku tak baca pun, sebab aku tak minat Mawi. Memang pernah aku terbaca dalam paper Metro dulu2 masa Mawi mula2 naik lepas menang AF, yang ada orang tilik nasib dia based on muka dia. Tak silap aku pasal kekayaan dan kejayaan yang dia capai. Aku tak baca artikel pasal Mawi tu, cuma aku ternampak beberapa perkataan sepert "Suami", "Panas Baran", "Marah". Itu je. Bila dah balik, nyesa pulak aku tak baca. Eh, tak rugi pun kalau tak baca sebenarnya.

Sedang aku leka membaca artikel pasal Siti tu, tiba2 uncle kedai tu kata ;

"You are stubborn."

Aku menoleh kat dia. Eh, apa hal pulak uncle ni. Cari gaduh ke apa, tetiba sound aku stubborn lak. Tapi aku sedar diri yang aku dalam kedai dia, so lantak dia laa nak cakap aku apa pun. Aku cakap kat dia sambil tersenyum, "Erm...maybe"

Lepas tu dia kata lagi, "You are really stubborn person. If people say 2, you say 3. If people say 3, you will say 4. You will never listened".

Terpecah gelak tawa aku bila dengar apa yang dia "tilik" pasal aku. Antara admit atau tidak.

"You have married? Or married already before?"

Bila tetiba dia tanya aku bab kahwin, aku terus jadi interesting. Aku jawab dengan muka yang naif, "Not yet. Am not yet married". Suasana jadi hening seketika.

Aku tengok uncle tu mengerut2 kan muka dia, macam kehairanan. Maybe first time "tilikan" dia salah. Lepas tu dia bawak keluar sekeping kertas kecik dan pen. Dia bertanya pada aku, "If you dont mind, can you give me your birth date?"

"But I have 2 birth date. Which one you one?"

"The one that stated on your cert.birth", dia cakap.

So aku bagi jelah kat dia birth date aku. Saja nak melayan uncle ni, sebab dah laa aku masuk kedai dia semata nak baca artikel je kan, bukan nak service ke apa. Macam kurang ajar pulak kalau blah camtu je. Apa salahnya layan orang tua, as a respect sign.

Lepas dia kira2 mende ntah aku tak tau, dia berkata pada aku, "Your aim  is very high in life. You want a bungalow, with swimming pool. Very high. Very ambitious".

Sekali lagi ketawa aku pecah. Sebab aku actually tak suka orang "tilik" aku even aku suka "baca" orang. Tapi dengan uncle ni, aku tak boleh lari. Dia sambung lagi,

"You have a bad temper. You hard to manage your anger"

Cepat2 aku angguk dan admit apa yang dia kata tu.

"Yes, I am. Maybe its from my father's gen"

Uncle tu mengangguk2 tanda setuju dengan kata2 aku.

"You dont trust people".

Bila dia cakap camtu, aku senyum lebar. Dalam hati aku cakap, "Orang tua ni macam tau2 je aku tak caye apa dia cakap pasal aku". Dua tiga kali jugakla dia repeat ayat ni, maybe dia tau apa yang tersirat kat fikiran aku.

"Why you not marry yet?" Dia tetibe tanya pasal kahwin pulak dah.

Aku tak jawab, cuma mengangkat bahu tanda "I dont know".

Bab kahwin tu yang buat muka di berkerut2, then sekali lagi dia kira apa ntah kat kertas tu. Aku acuh tak acuh je tengok dia kira.

"From your past, you have experienced a sad life. A man had make you sad. Thats why you marry late".

Past? My past? Mende pulak orang tua ni merepek. Oh, aku teringat. Agama dia kan percaya tentang karma dan kelahiran semula, so dia kaitkan reason aku tak kawin lagi dengan "my past". Tapi, as a sign of respect, aku tak admit nor deny it. Aku dengar je.

Aku tak minat nak tau pasal kahwin, tapi dia berminat nak "tilik". Dia kata, "Youv will marry soon. Soon. This year. Or next year".

Dia kata lagi, bakal suami aku tu tua. Orang tua. Atau lagi tua dari aku. Tiba2 aku teringat kat Man. Memang dia jauh tua dari aku pun, lol. Apa2 jelah uncle oii.

"Your love life, your sex life is good. You are a romantic person". Kembang kempis hidung aku bila uncle tu kata aku romantik. Memang aku romantik pun, tak payah tilik, aku tau dah tu. Eh?

Sambung uncle tu lagi, "You worry too much about your family. You love to travel and you will travel a lot"

Bila uncle to cakap je pasal travel, terus aku gembira.Gembira sangat. Aku cakap kat dia, "Yess, I love to travel. Travel is fun".

Ada satu perkataan yang dia sebut pasal leader or leadership aku, tapi oleh sebab dia cakap laju dan dengan keadaan dia yang ok tak ok, aku tak berapa faham. Either dia cakap aku "want to be a leader" atau "can be a great leader", aku tak pasti, tapi yang aku dengar cuma ayat last, "But your leadership skill is weak".

Mungkin dia "tilik" aku ni ada bakat nak jadi leader, atau aku nak jadi leader, tapi aku tak layak untuk jadi leader. Apa2 jelah uncle, I dont give a damn pun. Kalau dah takdir aku jadi follower, maka follower lah aku. Tak mati pun tak jadi leader, plus bukan semua orang dilahirkan dengan bakat untuk jadi leader.Tapi bila aku tanya dia, "But one thing I dont understand, why people always sabotage me. Especially in my career?"

Uncle tu tak jawab. Daia tanya aku balik, "Sabotage?" Aku jawab, "Ya, sabotage. In my career".

Uncle tu senyum je, tak jawab. Ceh, benda yang aku nak tau dia tak jawab pulak. Benda yang aku dah tau, dia sibuk nak bagitau. Baik aku "tillik" diri aku sendiri je, lol!

Bila dia tak jawab, aku sendiri jawab persoalan aku untuk cover malu, "Hurm..maybe its my fate, right? My fate that people will sabotage my career". Uncle tu mengangguk2 sambil tersenyum lagi. Eh, aku yang tanya, aku sendiri yang jawab. Apa ni.

Soalan last aku tanya dia, ialah soalan "I can be a rich person or not?" Aku saje tanya dia camtu, nak tengok apa reaksi dia. Yang lain2 tu aku tak nak tau sebab aku dah tau, bab ni je aku nak tengok dia jawab apa. Mungkin masa aku tanya soalan ni, aku nampak cam tegas dan seolah2 kalau uncle tu cakap no, aku akan bertukar jadi naga dan tanya "WHY NO????". Cepat je dia angguk2 kan kepala dia, "Yes, yes, you can. You can be rich". Hahaha..kelakar pulak aku tengok. Memang ler boleh jadi kaya kalau ditakdirkan memang kaya dan berusaha kan. Tu semua ketentuan Allah.

Lepas cakap terima kasih kat uncle tu sebab dia sudi melayan aku, aku pun blah dan meneruskan pencarian machine atm. Bila aku beredar, aku nampak tiba2 ada pelanggan nak masuk kedai dia, mungkin diorang nampak aku dalam tu, so baru berani nak masuk. Seronok jugak sembang dengan uncle tu. Paling tak boleh blah, lepas dia highlight kelemahan2 aku yang ketara, yang mana aku sendiri dah tau dan orang lain pun tau, lastly dia cakap, "You dont worry. You are good person".

Pulak dah. Tang mana yang good tu, tak tau lah aku kan.

Mungkin rezeki dah tertulis untuk nyonya tingkat atas tu yang aku akan "bagi" duit kat dia hari ni, aku terjumpa atm machine yang tersorok di belakang kedai2 lorong belakang. Lepas withdraw duit, aku terus menuju ke kedai dia di tingkat atas. Bila dia tengok aku terintai2 kat kedai dia, dia pun teringat. Mungkin dia dah agak yang aku tak jadi beli sebab punyalah lama aku "cari" atm machine kan. Dia memang simpan seluar tu untuk aku. Agak terkilan jugak sebab aku tersasar niat daripada tak nak beli apa2, tapi beli jugak. Tapi bila tengok pant cantik tu, aku pujuk hati sendiri, "Dah rezeki nyonya tu, nak buat camne"

Ayat pujuk diri sendiri untuk tidak rasa bersalah sebab dah tershopping. Tipikal shopper.

Sebab pada mulanya, nyonya tu mintak laki dia untuk teman aku ke machine atm, tapi aku menolak dengan baik. Sebab aku antara acuh tak acuh nak beli. Beria pulak nyonya tu nak mintak laki dia temankan aku kan, sebab katanya atm machine tu agak tersorok. Memang tersorok pun.

"Thats why I ask my husband to accompany you. I sure you will lost". Muka nyonya tu cam bangga sebab dia tau aku sesat. Padahal aku tak sesat pun, saja lengah lengahkan masa.

Even takde customer kat kedai dia dan aku satu - satunya customer dia, aku mintak kurang pun tak boleh. Kedekut betul. Dengan alasan pant yang aku beli tu berkualiti. Yelah, memang fabric dia bagus tapi aku ni bukan tourist, lagipun kedai ko tu bukan ada orang masuk pun. Getus hati aku yang dah habiskan RM70 untuk seluar Aladdin tu. Nasib baik cantik, so tak terkilan sangat. Aku pun menabur janji manis pada nyonya yang kurang nak cakap bahasa Melayu tu, "Next time I will come to your kedai lagi". Dia ketawa gembira sambil cakap," Terima kasih". Eh, tau cakap Melayu rupanya nyonya ni. Ingatkan tak reti. Tipikal Chinese Malaysia.

Lepas dah habis round satu CM, luar dan dalam, aku cepat2 beransur ke LRT sebab takut kalau aku tershopping lagi. Habis duit aku nanti. Bukan boleh percaya aku ni. Masa dalam LRT, aku teringat kata2 uncle tukang tilik tu tentang aku. Actually, apa yang dia bagitahu aku, semuanya aku dah tau. Aku dah "tilik" diri aku sendiri. Antara admit atau tak je. Antara redha atau tak je. Tapi aku redha. Kalau macam tu nasib aku, aku redha. Kalau aku tak ditakdirkan kaya seperti yang aku mahu, aku redha. Sebab rezeki, jodoh, semua Allah dah tulis. Kadang2 kerisauan melanda diri aku, like apa yang aku nak susah sangat nak dapat, atau tak dapat. Umur dah makin lanjut, tapi apa yang aku harapkan, tak menjadi. Cepat2 aku istighfar, dan ingat konsep qada' dan qadar. Kalau dah begitu, begitulah. Selain daripada bersedih, hidup ini juga terlalu singkat untuk dihabiskan dengan kerisauan tanpa penghujung. Just enjoy, ingat Tuhan, tingkatkan amal ibadat, jangan menganiaya orang, tolong orang kalau orang mintak tolong. Aku selalu mengingatkan diri aku yang aku dicipta untuk beribadah kepadaNya. Bukannya untuk risau dan sedih dengan benda2 yang aku tak dapat. Kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. Tapi kenalah usaha jugak, bukan duduk kat rumah dan mengangkang saje. Teringat pulak uncle tu "tilik" aku, dia cakap aku ni jenis, kalau takde duit, aku akan duduk rumah. Hahaha, memang laa. Dah takde duit, duduklah rumah diam2. Benda yang dia "tilik" pasal aku tu tak bagi manfaat apa2 pun, just general info je.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku memang nak jadi kaya. Aku nak travel selalu. Dan aku nak hidup bahagia dan gembira.Ustaz kata, doa mampu mengubah takdir. Jadi berdoalah, sebab hanya Allah penentu segalanya, hanya Alah yang boleh mengubah apa yang Dia nak ubah.

ps : Masuk tandas kat CM 50sen tau, tapi tandas dia sangat bersih dan ada berdeko kan tradisional. Siap ada orang selfie lagi kat dalam tu, hahaaha. Parking fees agak mahal, around RM4 kalau tak silap aku, per hour. So better naik LRT je, tak jauh pun menapak.

Friday 13 March 2015

Fall 2015 2016 : Ralph Lauren, Max Mara, Burberry & Fendi

Ralph Lauren



I love everything about RL for this collection - the theme, the colors, the design, the style, the matching, the bellts and the hat. Its hard to just pick only one style.


My choice : 1st & 2nd from left

My choice : 1st & 2nd from left

My choice : 1st from left, 1st & 2nd from right

My choice :All of 'em!


My choice : 1st from right

My choice : 1st from right

My choice : On the left side

Max Mara



My choice : 1st on the right side

My choice : 1st on the right side

My choice : 1st & 2nd on the left side

My choice : On the left side

Love this one!

Burberry


Al about printed, bohemian, poncho and stylo boot.

My choice : 1st on the right & left side

My choice : 2nd from left! Love the combination colors!!

Love the poncho!!                                                         

My choice : 2nd on the left side

My choice : 2nd on the right side

My choice : 1st on the right side

Fendi




My choice : 2nd on the right side

My choice : 2nd on the left side

Love the combination colors, design and style

Disclaimer : all photos were taken from google.com

Sunday 8 March 2015

Banana Roll Oaties


Bila weekend, ada masa aku malas. Ada masa pulak aku rajin sikit, dan ada masa aku terlebih rajin.

Kalau aku terlebih rajin, mula laa gigih nak cuba resepi2 baru yang belum pernah aku cuba.
So try laa buat Banana Roll ni. Yang bestnya, makan satu roll pun dah kenyang. So sesuai sangat untuk orang yang tengah diet macam aku. Bahan2 pun simple je.

Tempoh penyediaan : 10 - 15 minit
Kos : RM8 for 4 roll

Bahan2 :

Wholemeal Bread
Telur sebiji
Oat atau Nestum
Butter
Pisang


Cara persediaan :

1. Spread a lil bit butter on the bread. Cut the banana to become 2.


2. Roll the bread to cover the banana


3. Pukul telur dahulu sebelum basahkan roti yang digulung tadi dengan tujuan untuk bagi roti tu melekat.


4. Salutkan roti dengan oat atau nestum (ikut suka).


5. Last step, gorengkan roti dengan minyak. Jangan terlalu sedikit supaya roti tak melekat pada kuali, dan jangan terlalu banyak sebab kita nak buat breakfast yang healthy style.


Then, boleh hidang dan boleh makan. Selamat mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...