Tuesday 30 June 2015

Fiske Steak House & Asam Pedas - Harga Mampu Makan


Masa makan kat Me' nate hari tu, Man sibok cakap dia suka sangat steak kat Fiske ni, dia kata ayam roasted tu yang paling best dia pernah makan seumur hidup dia.

Fine.
So aku pun tanya laa dia, dah bilanya dia nak bawak aku pergi Fiske tu?



So hari yang lainnya, kitorang pun pergi laa having early dinner kat Fiske ni. Restoran ni dekat AU2, landmark simpang 3 dekat traffic light, dekat medan selera, dekat dengan stesen Petronas.

Kitorang duduk kat bahagian belakang sebab Man nak smoking kan. Bila aku tengok restoran ni, simple je. Kedainya memanjang, ada 3 side - depan, dalam and belakang. Dinding transparent, so that customer kat
belakang boleh nampak tembus sampai ke depan. Dengan alunan muzik jazz petang tu, aku cukup suka dengan environment nye yang santai dan relax.


So kitorang pun order laa. Man makan ayam roasted dia yang dia kata best tu, dan aku try chef recommended, Mix Grill.


Roasted Chicken, RM14.84

Mix Grill, RM21.20

 Mix Grill yang aku makan tu ada 3 ketul daging, yang tengah2 ialah lamb kesukaan aku. Sedap jugak, presentation pun not bad. Harga steak adalah murah bagi aku, tak padan dengan portion nya yang quite banyak untuk sorang makan. Memang tokey kedai ni nak bagi customer dia makan kenyang2.


Sos steak mostly guna sos kacang panggang ni, pandai chef dia buat. Not bad rasa dia.


Saje je motif ambik gambar dekat2, so boleh feel rasa daging tu kalau belum pernah try kat Fiske ni :P


Mash potato dia even rasa plain je, tapi sangat banyak, ok. Atas ada kentang panggang, dalam bowl ada mash potato, kat bawah bowl ada kentang lagi. Memang kenyang la citer dia kan. Plus ada salad to
complete the side dishes.

Bandung RM2, Fresh Orange RM5

Air aku order Fresh Orange dan Man order Bandung. Aku tengok ramai customer order air Bandung ni, sedap laa kot. Servis kat sini cepat, dan menjelang nak malam tu, customer tiba2 ramai, dah penuh dah kedai. Tapi servis dia maintain cepat. Kagum.

Bread Puding, RM8.37

Dan untuk desert, ramai blogger suggest makan bread puding ni, so aku pun order la. Sedap, serius. Dalam puding ni ada aiskrim vanilla, oh my, memang sedap okay. Recommended sangat.

 
Mushroom Soup, RM4.13

Tak cukup bread puding, Man order pulak mushroom soup. Aku tak try pun, perut dah sendat bai. Man makan habis. Dia makan apa pun habis, lol!

Untuk semua menu ni, total including GST : RM55.54 je. Sooooo murah!

 Patutlaa ramai yang datang makan steak kat sini, murah dan bagi aku, not bad. Boleh datang lagi. Recommended untuk orang yang nak makan steak tapi dengan harga yang murah. Unless ko mampu nak makan steak kat Me' nate every week kan.

Set Asam Pedas Ikan Pari, RM25

Second time aku datang nak ifthor dengan Man, aku order set asam pedas yang glamer tu. Kuah asam pedas dia pekat, tapi nasik sikit je, lol! Kalau asam pedas aku suka yang masam, tapi yang ni ok bagi aku. Kongsi dua dengan Man, bukan sebab diet. Sebab kitorang masing2 order chicken roasted. Sedap jugak, patutla Man suka bebenor. Dia kalau hadap ayam tu, aku pun dia tak tengok. Dah makan sampai tinggal tulang, baru angkat muka, tengok muka aku. Sentap sangat tau.

 Masa bulan puasa, aku datang terjah je, tak book apa2 pun. Orang dah ramai, waitress tanya aku kenapa lambat datang. Aku cakap aku tak book apa2 pun, kalau lambat sikit takpelah, boleh tunggu. Tak sampai 15
minit, set asam pedas dah sampai. Habis je makan asam pedas, ayam pulak sampai. Bertukar pinggan aku ha, macam masuk pertandingan makan2, lulz. Soooo good sangat servis dia. Even kedai penuh melimpah
dengan customer pun, servis sangat laju n profesional. So untuk rating servis, aku bagi 5 bintang untuk Fiske :)



So kalau nak try, bolehla cari kat sini
Dibuka pada hari  Selasa - Ahad
Selamat Berpuasa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...