Wednesday 30 September 2015

Battambang - Seam Reap, Cambodia : Day 4




Pagi aku terjaga dalam pukul 7 macam tu, sebab terdengar bunyi2 dengungan dan sahut sahutan.
Ingat ke orang mengaji guna speaker.
Takkan laa kan.
Hari dah cerah.
Aku kuak pintu di balkoni.
Rupanya bunyi dengungan tu datang dari temple kat belakang hotel.
Penganut Buddha tengah sembahyang rupanya.
Orang kat sini memang hari2 pun sembahyang.
Rajin.

Alhamdulillah, demam aku masa tu dah kebah.
Hasil makan ubat malam semalam.
Lepas terjaga tu, terus aku mandi dan bersiap2 packing beg untuk check out.



Hari ni daripada Battambang, aku akan balik semula ke Seam Reap untuk catch flight pukul 1 tengahari.
Tiket bas balik dah siap2 beli. Aku beli kat kaunter hotel ni je.
Tanya je receptionist tu, nak book ticket bas ke Seam Reap, dia akan settle kan.
Just bagitau nak ambik pukul berapa.
Rupanya, hotel ni memang sekali link dengan syarikat bas, so tu yang senang je settle tu.
Oleh sebab aku ambik bas pukul 8 pagi, so tak sempat nak breakfast apa.
Nasib baik memang bawak bekal biskut.

Ok, nak promote hotel ni. Hotel ni bagus.
Service bagus, profesional.
Bilik besarrrr. Besar dia sampai kau boleh main guling2 atas lantai.
Bersih, kemas. Bilik air bersih, nice.
Ada tv. Kalau nak bilik yang ada aircond, bayar around USD10 tak silap aku.
Aku ambik bilik yang ada kipas je, cuma USD8 lah.
Review untuk hotel ni pun bagus. Dapat awrd from TripAdvisor kalau tak silap.
And, dekat jugaklaa dengan kedai makan halal yang aku pergi makan tu.
Jalan kaki pun boleh.
Tak payah book online pun, just walk in je.
Sebab aku pergi pun masa non peak time kan. Tu yang gamble je tu.
Memang banyak kosong lagi.
Tapi hotel kat Battambang ni banyak, pilih je mana yang suka.
Kalau rasa tak tau nak duduk mana, tanya je driver tuk tuk yang kerumun kau masa turun bas tu.
Sebab diorang ada yang dah bawak pakej hotel sekali masa tunggu tourists turun dari bas tu.


So ni aktiviti yang boleh dibuat di Battambang, depend on berapa banyak masa kau ada.
Bamboo Train tu of course wajiblah kan.
Oh, ya! Kalau nak pakai service tour guide aku yang ganteng tu kan, boleh email dia kat address ni ;

chanreth80@gmail.com

atau, call dia di nombor ;

+010 68 7151

Nama dia Sum.

Or other alternative, bagitau je abang dia, tokey kedai makan Muslim Kitchen kat Seam Reap tu. Nanti dia akan bagitau adik dia tu ambil korang kat tempat mana korang turun.
Jangan lupa bagi nama bas dan nombor plat bas sekali kat dia.



Pickup bas sampai depan hotel around 8 lebih macam tu.
Gambar kat atas tu haa pick up bas.
Aku naik dengan local people.
Ada yang nak hantar anak, ada yang nak pergi Seam Reap (macam aku), ada yang nak pergi jual barang.
Macam2 hasil barang yang ada atas pickup bas tu. Dengan aku2 rasa yang aku ni orang Cambodia, lol!
Naik bas ni tak lama, around 10 minit macam tu, dah sampai ke stesen bas.

Naik pening jugak cari bas ke Seam Reap, sebab dia takde tulis nak ke Seam Reap.
So kena tanya2 orang kat situ, bas mana yang pergi Seam Reap.
Masa tu aku agak cuak jugak, sebab ada yang tak faham English.
Dah berkerut2 dahi aku.
Mujurlah ada sorang perempuan yang jaga schedule bas2 kat situ, terperasan dengan aku yang muka blur2 masa tu.
Dia sorang je yang cakap English, fuh, lega!
Terus dia tunjuk bas depan aku pergi Seam Reap.
Aku pun apa lagi, letak beg kat bawah, terus naik bas.
Takut kalau tertinggal ke apa.

Masa kat atas bas, tetiba ada sorang laki ni datang kat aku.
Dia cakap Cambodia. Agak kuat suara dia.
Aku of course lah tak faham kan, so aku tengok je muka dia terkebil2.
Bila dia tengok aku takde respond, dia ajak aku turun bas.
Ah, apa hal pulakkk ni.
Rupanya, beg tourists yang letak kat bawah bas kena tanda and kena ada sticker.
Sebab nak elak kejadian curi beg tourists.
Bagus kan sistem diorang. Rasa secure je.
Lepas dah settle semua tu, aku naik atas balik.
Dah boleh balik ke Seam Reap.

Dalam bas, harapan aku nak tido musnah sama sekali.
Apa taknya, driver bas tu, setiap 5 saat dia hon. Setiap 5 saat dia main hon.
Aku memula tu macam nak marah jugak, dia ni gila hon ke hape.
Rupanya memang culture kat Cambodia macam tu, kenderaan besar kena bagi hon kat driver tuk tuk.
Sebab diorang kongsi jalan kan. Tuk tuk pulak main vehicle kat sana.
So as for safety, memang selalu kena bagi hon so that driver tuk tuk realize ada bas or lori kat belakang.
Bukan tuk tuk je atas jalan tu, kereta lembu angkut padi pun ada. Buzy betul jalanraya dia.
Belum campur debu2 kota lagi. Serabut.

Lagi sejam nak sampai Seam Reap, driver bas berhenti kat syarikat bas dia di suatu tempat, aku tak tau mana tempat tu.
Cumanya, semua orang kena turun kat situ, sebab driver nak pergi minum. Boleh? Hahaha.
Yang nak pergi Bangkok kena turun, yang nak pergi Phnom Penh pun kena turun.
Diorang kena naik bas lain pulak. Yang nak pergi Seam Reap pun kena turun.
Tapi tak boleh pergi mana2. Nanti sesat.
So aku pun memacak kan diri aku kat kedai makan sebelah syarikat bas tu.
Dengan ramainya orang, cuaca panas lagi, ya Allah. Sabar jelah.
Oleh kerana tak tahan kehausan, aku pun belilah air kotak kat sorang makcik ni.
Dia bukak table kecik untuk jual air, ada fridge kat sebelah dia.
Bila aku bagi dia USD, dia pulangkan baki duit kat aku dalam duit Cambodia.
Aku as a tourist kadang2 ada sikap doubtful sikit.
Aku mintak dia kira sekali lagi sebab nilai duit Cambodia kan kecik kan.
Berkali2 dia kira nak yakinkan aku. Siap panggil kawan dia kira lagi. Hahaha.
Bila dah puas hati, baru aku ambik balance tu.
Mesti acik tu carut kat aku dalam hati dia. Hahaha.

Around setengah jam menunggu, aku macam tak sedap hati dah.
Mana bas ni, pergi minum ke pergi membongkang?
Aku tengok sekeliling aku, yang sama2 naik bas dengan aku still ada kat situ, so maknanya bas belum ada laa.
Entah macamana masa perempuan yang jaga schedule bas tu jerit2 "Seam Reap! Seam Reap!" aku tak dengar.
Aku mengelamun kot masa tu.
Aku tersedar bila acik yang jual air kat aku tu cuit aku dari belakang.
Bila aku toleh kat dia, dia kata, "Seam Reap" sambil tunjuk kat bas aku yang ada kat seberang jalan.
Aku lega. Aku mula rasa bersalah dengan sikap pesimis aku kat acik jual air tu.
Padahal acik tu alert dengan aku. Mungkin sebab dia tengok muka aku blur2 kan.
Sorang2 plak tu. Perempuan pulak tu.
Lepas angkat beg, aku senyum kat acik jual air tu sambil cakap "Thank you".
Lepas tu aku lambai2 kat dia. Dia senyum je tengok aku. Hahaha.
Bertambah lega bila perempuan yang jaga schedule bas tu kenal aku.
Mungkin sebab aku selalu senyum kat dia.
So tips aku ialah, banyakkan senyum kalau pergi travel, lagi2 kalau kita mix with local people.
So that nanti orang realize dengan kehadiran kita, takde laa rasa terasing ke apa kan.
Tapi make sure senyum tu senyum ikhlas laa, nanti kalau senyum lain makna, tak memasal orang suspect pulak.

Pukul 11 aku sampai kat Seam Reap.
Ada je driver tuk tuk yang cakap Cambodia dengan aku, haissh.
Memang muka Cambodia ke apa aku ni?
Aku malas nak cari2 driver tuk tuk, so aku dah kawtim siap2 dengan driver aku kat Seam Reap hari tu, mintak ambik aku kat stesen bas.
Sebab aku nak pergi beli t-shirt for souvenier, so aku mintak dia bawak aku ke Hard Rock dengan Old Market.
Memula tu aku tak nak lunch sebab nak pergi airport terus lepas beli t-shirt.
Takde maknanye, aku mintak driver aku bawak pergi kedai Muslim Kitchen tu lagi, aku lapar nasik.
For the last time makan kat situ kan.

Fried Rice Muslim, USD3.00

So ni yang aku order.
Fried Rice Muslim. Biasa je rasa dia.
Aku suggest korang try Nasi Goreng Lok Lak (USD4.50)
Rasa lebih kurang je, tapi sedap dari Fried Rice Muslim la.




Oh, ya! Masa dekat Seam Reap, aku duduk kat hotel ni.
Location dia bagus, strategik sebab memang dalam area Night Market, Old Market, Pub Street.
Depan hotel je aku pergi urut badan.
Dekat jugak dengan restoran Muslim Kitchen tu, around 1km.
Ala, sepanjang jalan ada kedai makan, bar semua. So tak risau sangat kalau jalan sorang2 sebab area ni memang happening.
Dekat dengan area tuk tuk driver lepak.
Bilik pun ok, cuma takde laa sebesar bilik kat Royale Hotel tu.
Bilik air ok, cuma air dia tak laju. Hahaha.
Air cond sometimes ada problem and cuma pernah sekali je blackout.
Harga berpatutan, so bagi aku oklah.
Dan dekat dengan main road.
Aku booking online before pergi sini.


Antara souvenier yang aku beli ialah t-shirt. Berbaloi beli t-shirt kat Seam Reap, sebab kainnya best dan berkualiti. Sedap pakai. Aku beli kat Old Market, nak sejam before balik KL. On weekdays, orang tak ramai, so bolehlah tawar menawar sikit. Dekat Old Market tu, masuk je kat dalam2 tu, ada jual semua benda.


Fridge magnet pun aku beli kat Old Market, sebab nak beli dalam kuantiti yang banyak kan. Design tak banyak pun, balik2 yang tu je. Untuk Muslim, design kepala Buddha tak berapa sesuailah untuk dibuat as cenderahati, so hati2 bila pilih ye. Nak senang, aku pilih semua design sama je, warna dan bentuk je lain2. Lol. Badge Cambodia tu pun beli kat kedai yang sama.



Saje je beli shawl ni as for memory, dan beli purse untuk kawan2.
Not bad jugak barang2 kat Cambodia, berkualiti jugak.
Berbaloi laa dengan USD tu kan.


Oleh sebab aku dah jatuh hati dengan kopi kat Muslim Kitchen tu, so aku pun beli sekilo, nak bawak balik Malaysia.
Tapi tak tau kenapa, bila aku bancuh sendiri, lepas minum aku jadi pening2 nak tido, mengantuk.
Apakah??? Aku salah bancuh ke? Last2 aku bagi je kat sesiapa yang suka kopi, hahaha.

Settle beli semua barang, driver aku hantar aku ke airport.
Dia terpaksa pergi cepat2 sebab nak ambik next customer pulak.
3 hari kat Cambodia, merasa lah kulit aku gelap, sampai Man tegur, "Kenapa nampak gelap?"
Lol.
Kali ni urusan nak balik KL berjalan lancar, takde pulak kena pau.
Layanan pun ok. Hairan aku. Mungkin sebab officer2 tu yang muda2.

Travel ke Cambodia memberi aku pengalaman yang berharga.
Di mana aku bersyukur, at least am Malaysian.
Kalau kita pergi ke negara yang lebih maju daripada Malaysia, kita akan rasa benci dengan negara kita.
Kalau kita pergi ke negara yang jauh ketinggalan daripada Malaysia, kita akan bersyukur dengan Malaysia kita.
Bergantung pada diri dan perspektif masing2.
Tiada negara yang sempurna di dunia ini.
You can hate your government, but dont ever hate your country.
Sebab patriotisme itu adalah always about country, not government.

Dan, aku sangat suka Angkor Wat. Sejarahnya. Senibinanya. Feelingnya.
Mungkin aku takkan ke sini lagi (bukan sebab tak suka, sebab aku nak pergi tempat lain pulak, lol), tapi the memory is always remain in my heart.
Seam Reap adalah sangat di suggest kan untuk penggemar sejarah dan architecture :)
But make sure, plan your trip wisely :)

Ps : Lupa nak inform, dekat Battambang ada Maybank.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...